Sunday, 25 August 2019

Review Diet Telur Rebus - Kisah Sebenar

Hari ni kami nak beri sedikit review diet telur rebus. Sebab kami rasakan kami selesa dengan diet ni hanya guna telur rebus saja.

Diet ni sesuai untuk mereka yang dalam bajet. Tapi suka makan telur.

Mula-mula anda kene belajar beberapa resepi telur rebus.

Scrambled egg contohnya. Seperti anda tahu, diet ni perlu konsistensi. Kalau nak konsisten perlu bersemangat baru menjadi.

KENAPA TELUR REBUS?

Sebab telur rebus ni akan sebabkan perut rasa kenyang lebih lama.
Banyak protein, tingkatkan metabolisma tubuh dan bantu bakar lemak tepu dalam badan.





Tak perlu guna duit banyak untuk lakukan diet telur rebus ni.

Dengan telur rebus ni anda yang tak suka telur rebus perlu tingkatkan minat untuk diet cara ni. Jadi anda kena fikir sendiri apa resepi yang anda boleh telan selalu gunakan telur rebus.

Kalau tak rajin masak, biasakan order telur rebus di kedai. Tapi kene ingat, telur rebus dan telur goreng jauh bezanya ya.

Untuk diet, telur goreng tak digalakkan sebab minyak dalam kita masak tu banyak diserap oleh telur.

Telur rebus pulak hanya guna haba untuk masak, jadi takde kolestrol. Boleh cuba campurkan bahan-bahan yang anda suka macam mayonis ke sos ke.

Nanti dah kurus boleh beri review di blog kami.

Sape kenal Zulin Aziz?
Pelakon ni tekad untuk hilangkan 10kg. Dia gantikan diet telur rebus ni gantikan nasi. Selama sebulan dapat turun 10kg.

Berbaloi kan pengorbanan sebulan beliau.

Memang ada banyak kisah menarik kalau korang nak tahu. Orang boleh turun sampai 10kg dalam dua minggu saja dengan telur rebus ni tau.

CARA DIET TELUR REBUS

Cara buat telur rebus ni mudah saja. Panaskan air sampai didih, masak selama 6-7 minit.

Korang mulakan hari pagi dengan 2 biji telur rebus dulu.

Tengahari nanti tambah lagi sebijik atau dua di kedai makan masa anda kerja.

petang cari sebiji dan malam 2 biji. Kalau nak lagi berkesan gantikan sebahagian besar nasi anda dengan telur rebus.

Telur rebus memang sesuai untuk menggantikan nasi tapi bukan secara total. Kalau nak ganti nasi lebih baik guna roti lebih banyak khasiatnya.

PANTANG LARANG DIET TELUR REBUS.

Kurangkan garam dan gula memang satu kemestian. Makanan segera cuba elakkan. Lagi dapat tinggalkan terus lagi bagus.

Setiap pagi cuba selitkan senaman ringan. Sebelum pergi kerja. Atau anda cari alasan untuk naik pejabat guna tangga tak payah guna lif.

Ambil air kosong 8 hingga 10 gelas sehari. Supaya senang terkumuh semua bendasing dalam badan dan bersihkan tubuh.

Untuk tips tambahan, minta pendapat atau nasihat doktor untuk mula mana-mana program diet. Boleh saja pergi pada mana-mana doktor klinik kerajaan. Bukan apa untuk pastikan anda takda penyakit pelik-pelik yang akan dapat masa diet nanti.

KHASIAT TELUR REBUS UNTUK DIET

Telur rebus ni imunisasi lebih baik. Anda akan susah sakit, kalau sakit anda akan lebih mudah sihat.

Antibodi anda akan digalakkan oleh pemakanan dan amalan telur rebus ni. Sebab telur rebus ni protein memang penuh. Korang tak akan risau pasal kekurangan protein. Semua dah di'cover' oleh telur rebus ni.

Telur rebus ni jugak akan sebabkan kolestrol badan dapat dikawal. Bila korang ganti telur rebus ni sebagai sumber karbo korang macam nasi, roti, tepung dan lain-lain.

Ia akan menghadkan kadar kemasukan lemak dan karbohidrat berlebihan dalam badan anda.

Telur rebus ni jugak dapat kurangkan risiko sakit jantung. Makanan lain yang anda boleh amalkan sekali adalah epal hijau.

Ambil sekali pagi sekali malam epal hijau bersama telur rebus. Nescaya amat rendah anda nak kena sakit-sakit kronik sebab badan anda dapat vitamin secukupnya.

KENAPA TAK MENJADI?

Ok, sekarang anda dah cuba tapi tak jadi? Apa sebab diet telur rebus anda ni tak jadi? Korang perlu tahu, langkah pertama untuk diet adalah detoks badan. 

Kebanyakan orang tak suka detoks. Atau ramai orang tak tahu kena detoks badan sebelum lakukan apa-apa program diet.

Detoks sangat penting dan fasa ni yang paling kami sarankan dalam blog ni.

Anda kena kumuhkan lebihan bendasing dalam badan dulu untuk lancarkan sistem percernaan. Jadi setiap zat yang anda makan lepas tu, akan diserap dengan baik.

Kalau tak tahu nak detoks macam mana, guna saja air masak, minum selepas bangun tidur sebelum makan apa-apa.

Kalau nak lagi berkesan, detoks guna suplemen detoks yang sah.

BERAPA LAMA KESAN DIET TELUR REBUS NI?

Anda tak ada masa nak buat diet telur rebus ni lama-lama? Admin suka review diet telur rebus ni sebab semua orang boleh buat. Tapi bila ramai boleh buat, berapa ramai yang berjaya?

Berapa lama pulak kesannya? Admin boleh katakan hampir 50% orang di luar sana boleh turun berat dan berjaya diet telur rebus ni. Berdasarkan review-review diet telur rebus yang kami banyak terima respon positif dari pelanggan kami.

Kesannya boleh dilihat dalam 3 hingga 7 hari. Lepas amalkan diet telur rebus ni, korang akan mula nampak kesan badan lebih segar dan bertenaga.

Tapi sebenarnya anda sedang diet. Macam tak percaya kan.

REVIEW DAN KISAH BERJAYA DIET TELUR REBUS

Boleh baca review dan kisah berjaya diet telur rebus ni dekat post kami yang sebelum-sebelum ni.

Ifa Raziah pelakon tu pun amalkan diet telur rebus ni tau. Zulin Aziz pun antara artis yang dah dapat turun 10kg dengan diet cara ni selama sebulan.

Ifa Raziah turun 12 kg lepas amalkan diet telur rebus ni 10 biji sehari.
Larat ke korang nak ikut cara diet dia?

Sebab tu admin selalu katakan, konsistensi dan semangat adalah paling memainkan peranan.

Anda perlu lalui zaman sukar beberapa minggu sebelum dapat hasilnya.

CONTOH MENU LENGKAP DIET TELUR REBUS

Anda boleh cuba amalkan menu diet lengkap 7 hari diet telur rebus macam ni:

ISNIN

Cuba ambil sarapan buah-buahan tambahkan dengan 2 biji telur rebus. Tengahari nanti ambil sebiji epal hijau dengan roti gandum penuh. Malam pulak ambil salad dan ayam masak stim.

SELASA

Mulakan hari selasa dengan sarapan buan-buahan dan 2 biji telur rebus lagi. Tengahari anda tambah salah dan ayam panggang untuk buka selera sedikit. Malam 2 biji telur rebus, salad dan oren atau limau untuk penyedap menu diet anda.

RABU

Ok, Rabu korang maintain ambil pagi 2 biji telur rebus lagi. Tengahari cuba cari keju rendah lemak dan tomato. Makan dengan roti dan boleh buat sandwich juga. Malam pula tambah menu salad dan ayam masak stim atau sup untuk balancekan diet tengahari tadi.

KHAMIS

Macam biasa 2 biji telur memang wajib untuk sarapan. Buah-buahan makan waktu tengahari dan malamnya ambil salad dan ayam masak stim. Kalau nak ubah pada sup ayam pun boleh.

JUMAAT

Ok, 2 biji lagi pada waktu pagi, tengahari sup sayur dan ditambah dengan 2 biji lagi telur rebus. Untuk makan malam, ambil ikan bakar sebagai penyedap menu mingguan. Makan dengan salad atau ulam dan sayuran segar.

SABTU

2 biji waktu pagi dan sebelah tengahari ambil buah-buahan epal, anggur dan sebagainya. Ambil sayuran sebelah malam dan dicampur dengan sup ayam.

AHAD

Cheat day. Yeay. Ahad korang boleh makan apa saja. Cheat day perlu ada untuk motivasikan korang supaya konsisten. Mesti anda akan tertunggu-tunggu hari ahad kan?

Okay apa lagi, boleh lah mulakan diet anda sekarang.

"Percayalah" -Siti Nurhaliza

Popular Posts