Saturday 28 March 2020

Doa Untuk Kulit Putih

Walaupun blog ini blog untuk mereka yang nak kuruskan badan, apa salahnya kalau kita share pasal cara untuk orang nak putihkan kulit kan.

Harini nak share pasal doa untuk kulit putih mengikut Al-Quran. Doa ikut Al-Quran ni mudah dimakbulkan oleh Allah.

Yang penting hati kita ikhlas untuk dapatkan kulit putih bukan untuk bangga diri. Tapi untuk jadi penyejuk hati suami, untuk dapatkan keyakinan diri.

Jangan pula niatkan untuk ujub, bangga diri pula kalau dah dapat kulit yang putih, mulus, gebu dengan doa-doa ini.

Baiklah doa yang pertama untuk dapatkan kulit yang putih dan cantik macam bidadari boleh baca ayat dari surah Yusuf, ayat ke-4:

Maksudnya:
Ingatlah Yusuf berkata ayahnya, "Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, bulan semua bersujud kepadaku". (Surah Yusuf, ayat 4)

Ayat ini mencecritakan pasal peristiwa mimpi Nabi Yusuf yang melihat bintang-bintang sujud kepadanya menandakan baginda akan menjadi rasul.

Korang boleh guna doa ini untuk dapatkan kulit putih kerana Nabi Yusuf adalah manusia paling sempurna dari segi fizikalnya.

Paling kacak, handsome, Berseri-seri wajahnya sehingga kalau kita terpotong jari kita ketika Nabi Yusuf lalu di hadapan kita, kita tidak akan merasa sakit kerana terpegun dengan kesempurnaan rupa paras Nabi Yusuf.

Sama juga, wanita pun boleh gunakan ayat ini untuk jadikan doa supaya kulit jadi putih, berseri dan bercahaya. Yang penting yakin dengan kekuasaan Allah yang mampu beri segalanya dengan mudah saja.

Baiklah doa kedua pula dari Surah Al-Waqiah, ayat 35-38:


Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan bidadari-bidadari mereka secara langsung (tanpa melalui proses kelahiran). Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara. Yang tetap mencintainya pasangannya, serta sebaya umurnya. Untuk golongan-golongan kanan. (Surah Al-Waqiah, ayat 35-38)

Ayatnya menceritakan keindahan dan kesempurnaan bidadari syurga bagi orang-orang yang diredhai Allah.

Ciptaan bidadari itu tidaklah melalui proses kelahiran sebaliknya dari titisan air dari Arasy Allah. Langsung jadi bidadari. Dan ditempatkan di kamar-kamar syurga menanti pasangan mereka sehingga Hari Kiamat.

Ayat ini juga menceritakan tentang awet mudanya bidadari syurga. Sentiasa muda. Sentiasa dara. Walaupun sudah digauli oleh suami mereka terus menjadi dara semula.

Ayat ini bagus diamalkan oleh mereka yang nak awet muda dan putih kulitnya terutama golongan wanita yang dambakan kulit putih. Sehingga ramai dari wanita yang suka melihat wanita lain kerana cantiknya kulit mereka.

Begitulah dambaan wanita untuk dapatkan kulit yang putih, mulus, berseri untuk memikat suami masing-masing kan.

Doa seterusnya adalah doa ketika kita melihat cermin.


Maksudnya:
Ya Allah, sepertimana Engkau berikan aku rupa yang baik, berilah juga aku akhlak yang baik.

Doa ini diajarkan untuk setiap kali kita hendak melihat cermin. Kalau kita rajin tengok cermin lagi banyaklah kita amalkan doa ini.

Rasulullah sangat menjaga penampilannya walaupun ketika di medan perang. Pernah suatu ketika baginda melihat-lihat penampilannya di lopak air ketika baginda sedang sibuk menguruskan urusan negara.

Lopak air tu dijadikan cermin untuk memastikan diri baginda sentiasa kemas. Kita boleh contohi cara baginda menjaga penampilan.

Untuk yang nak kulit putih tu, cuba amalkan doa untuk kulit putih yang baginda ajarkan ini kalau boleh sehari 7 kali.

Doa yang keempat ni daripada Surah Taha, ayat 39.


Maksudnya:
Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang daripadaKu, supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu. (Surah Taha, ayat 39)

Dalam doa untuk dapatkan kulit putih ini, kita memohon pada Allah untuk menjaga diri kita, sentiasa diawasi dan dipelihara oleh Allah.

Amalkan doa-doa untuk dapatkan kulit yang putih, gebu, mulus dan cantik berseri ni setiap hari. Kalau nak ambil berkat, boleh bacakan pada air, ditiupkan dan disapukan pada muka.

Baca berulang-ulang kali sehingga hafal lagi bagus.

Satu ayat yang kita hafal akan dinaikkan satu tingkatan syurga tau.

Tidaklah susah nak hafal kalau kita nak beramal dengannya. Kalau korang nak kulit sentiasa putih bebas jerawat, amalkan jus-jus kesihatan sebagai tambahan dari doa-doa ini.

Bukan saja doa ini untuk yang nak kulit putih, ia juga boleh dijadikan doa untuk kulit berjerawat, doa pemanis wajah untuk wanita, doa agar wajah berseri dan bercahaya, zikir penyeri wajah, doa agar wajah cantik seperti bidadari, doa awet muda dan kecergasan, doa untuk hilangkan jerawat dan doa penyeri wajah.

Seterusnya, mari kita amalkan juga doa ini:

Maksudnya:
Ya Allah Ya Tuhanku, kayakanlah diriku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat terpuji, muliakanlah diriku dengan sifat taqwa, dan cantikkanlah diriku dengan kesihatan.

Doa ini kita amalkan untuk dapatkan kecantikan seperti kulit muka yang putih, bersih bebas jerawat tetapi dengan cara yang sihat. Perasan tak, doa yang diajarkan nabi ni akan hubungkan kecantikan peribadi dengan kecantikan akhlak.

Setiap kali minta untuk cantik, kenalah juga minta untuk dapat akhlak yang baik.

Maknanya kecantikan itu bukan saja dapat dari kulit yang putih, cantik berseri sahaja, tetapi juga keperibadian akhlak yang luhur, tinggi dan terpuji perlu juga menjadi dambaan kita ketika berdoa.

Kalau muka cantik akhlak fail, pun tak guna kan. Biarlah kita cantik luar dan dalam, baru kecantikan kita itu akan disenangi dan disukai oleh orang lain.

Marilah kita amalkan doa-doa untuk kulit putih ni supaya bukan saja Allah akan memberikan keserian pada wajah kita, tetapi juga mudah-mudahan Allah akan sempurnakan akhlak kita sekali dan jadikan kita orang yang dapat tempat yang tinggi di syurgaNya nanti.

Sabda Rasulullah:
"Aku menjanjikan rumah di pinggir syurga bagi mereka yang menghindari dusta walaupun berjenaka. Aku menjanjikan rumah di tengah syurga bagi mereka yang meninggalkan pertelingkahan walaupun mereka benar. Aku menjanjikan rumah di tempat yang tinggi di syurga bagi mereka yang sentiasa membaiki akhlaknya".

Sama-samalah kita berdoa untuk kulit putih dan juga kebaikan akhlak kita.

Inilah rahsia doa awet muda dan panjang umur, doa hilangkan jerawat, cara untuk sentiasa nampak cantik, doa untuk kulit berjerawat, doa awet muda dan kecergasan, doa pencerah hati, doa nur cahaya nabi yusuf, doa anak cantik, doa pemanis wajah dalam al quran, doa pemanis mata, tips kecantikan sebelum tidur, petua kulit muka glowing, cara menjaga kulit muka daripada jerawat, cara menjaga muka dengan baik.

Selamat mencuba!

Popular Posts