Sunday 8 September 2019

Kenapa Susah Nak Kurus Selepas Bersalin? - Ini Jawapannya!

Anda baru saja lahirkan anak? Masa pantang anda ingat mudah nak kurus? Tapi apakan daya, dah cuba jaga makan betul-betul tapi hasilnya mengecewakan?

Dalam artikel kali ini kita akan cuba rungkaikan kenapa susah nak kurus selepas bersalin.

Untuk turun berat lepas bersalin ni, anda perlu imbangkan pemakanan pantang dengan pemakanan diet.

Mungkin itulah punca ramai yang keliru yang mana satu mereka perlu utamakan. Adakah makanan pantang itu akan buatkan kita senang nak kurus selepas bersalin? Atau terus berdiet tanpa hiraukan kesan diet pantang?



Anda boleh pelajari semuanya dalam entri ni. Macam mana anda boleh mudah kurus selepas bersalin walaupun ini bukan anak pertama anda!

"FAKTOR UTAMA SUSAH KURUS ADALAH MAKANAN YANG KITA AMBIL LEBIH DARI APA YANG KITA GUNAKAN"

Untuk pastikan kalori anda ambil lagi kurang dari kalori yang anda guna masa berpantang, anda perlu amalkan:

1. Kurangkan karbohidrat dan pengambilan makan berminyak, berlemak dan juga gula.

2. Tambah aktiviti kardio: Masa berpantang boleh bersenam ringan dengan berjalan-jalan sedikit dan selalu mengerak-gerakkan bahagian tangan pinggang dan kaki.

3. Cukup tidur dan rehat, jangan stress. Kalau anda tak dapat rehat secukupnya, sistem badan anda kurang stabil dan akan menyebabkan anda senang naik badan walaupun selepas bersalin.

FAKTOR HORMON YANG BUATKAN ANDA SUSAH NAK KURUS SELEPAS BERSALIN

1. Insulin

Kalau selalu sangat manis-manis ni, paras insulin akan tinggi. Lagi-lagi kalau karbohidrat juga anda tak jaga main hentam saja. Orang macam ni akan kumpul lemak dan air dalam badan, lambat nak kumuhkan.

Tapi insulin bukanlah tak penting. Kalau otot kita nak besar, ia perlukan insulin. Kalau otot makin besar, lagi lajulah lemak dibakar, lagi cepat pula gula dan darah masuk dalam sel-sel otot. Maka paras gula dan insulin dalam darah akan jadi cepat untuk stabil.

Anda perlu timing untuk ambil nutrient. Masa paling sesuai untuk ambil makanan karbo dan gula adalam bila lepas bersenam, atau waktu buka puasa supaya peningkatan insulin yang mendadak dapat dielakkan.

2. Leptin dan Ghrelin

Yang ni mungkin kita jarang dengar. Tapi leptin akan sebabkan kekenyangan. Ghrelin pula akan tingkatkan selera makan kita.

Kalau nak senang kurus selepas bersalin, kena naikkan leptin dan kurangkan ghrelin. Kalau anda selalu kira kalori macam teh tarik tu, dan makanan manis yang lain pun ada cuba paksa nak elakkan, paksaan itu akan ada risiko menaikkan ghrelin dan akan menyekat penghasilan leptin yang secukupnya.

Kesan withdrawal tu adalah macam ketagihan untuk dapatkan makanan yang anda cuba elakkan tapi dengan kadar berlebihan pula!

Antara cara berkesan untuk elakkan anda susah kurus selepas bersalin adalah:

Makan buah dahulu sebelum makan nasi atau roti.

"Dari pengalaman akak, kita perlu maintain pemakanan yang sihat kalau nak senang turun berat selepas bersalin. Makan herba biar lebih takpe. Makan buah dulu baru ambil roti dan nasi.

Tapi biarlah herba tu herba semulajadi. Masa susukan anak memang kena jaga betul-betul pemakanan yang sihat. Ini supaya baby stay healthy dan diet kita tak beri kesan sampingan kepada bayi."


"Saya pula makan macam biasa je, Yang penting saya akan ikut cara pemakanan sunnah. Makan buat dulu baru saya akan ambil makanan ruji macam nasi dan roti.

Boleh juga kalau anda nak cuba epal orange berries. Makan cara nabi yang lain-lain tu kita kena ikut juga mudah-mudahan ada keberkatannya. Yelah cara nabi dan sunnah mesti untuk kebaikan kita jugakan. Mana ada cara sunnah yang akan bertambah mudharat badan kita."


"Jangan lupa untuk elakkan makanan manis dan bergoreng. Ia perlu dijauhi betul-betul. Kekadang ada makanan berminyak yang kita terlepas pandang. Ada juga yang biasa sangat makan benda-benda berminyak. Roti dan nasi akak ambil lepas akak makan buah untuk beri lebih vitamin sebelum karbo masuk dalam badan.

Akak masa breastfeed anak kedua sampai ke hari 44 baru dapat merasa Goreng Pisang Cheese. Ramai terus bedal makan macam-macam lepas hari pantang tu. Yang penting korang kena maintain pemakanan pantang biar lama lebih sedikit takpe."

Jangan stress, kena maintain berat badan dulu baru fokus nak kurus.

"Sepatutnya kalau kita bf memang senang nak buat orang kurus kan. Tapi mula-mula memang akak pelik kenapa susah sangat nak kurus selepas bersalin ni. Rupa-rupanya akak banyak pulak stress. Korang jangan jadi macam akak. Sedikit-sedikit rumah bersepah akak rasa serabut. Jadi akak memang tak dapat kawal stress dengan baik. Kalau dulu air pun ambil dari perigi jadi adalah sebab nak bersenam jalan jauh-jauhkan. Zaman sekarang mana ada lagi dah! Semua ni bergantung pada hormon kita. Hormon ibu mudah terganggu kalau bf ni. Zaman sekarang ni hormon kita akan juga dipengaruhi oleh pemakanan kita jadi hati-hati sedikit apa yang kita makan."

Kalau korang masih rasa susah nak kurus selepas bersalin, pastikan korang ikut pemakanan di bawah ni.

PEMAKANAN SIHAT UNTUK YANG SUSAH KURUS SELEPAS BERSALIN

1. Ayam dan daging

Korang boleh saja makan ayam dan daging seperti burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam kampung dan ayam selasih.

Tak kurang juga kalau yang suka daging tu, makanlah daging kambing, daging kurang lemak dan daging batang pinang.

Tak boleh makan daging dan ayam pada bahagian yang berlemak.

2. Ikan

Ikan memang amatlah digalakkan dalam korang susah sangat nak kurus selepas bersalin ni.

Anda teramatlah perlu makan ikan seperti salmon, bilis, bawal putih, tenggiri, kurau, jenahak, ikan merah, gelama, yu, selar dan haruan. Semua ni banyak khasiatnya.

Tak boleh makan udang, ketam, kerang, cencaru (penyebab gatal pada bahagian vagina), tamban, kembung, parang, sembilang, pari, duri, terubuk, bawal hitam, keli, ikan masin dan ikan kering.

3. Ulam-ulaman

Ulam-ulaman pula, anda boleh makan semuanya. Anda jangan risau kerana ulaman banyak memberi vitamin dan khasiat yang cukup untuk orang yang susah nak kurus lepas bersalin.

Makan saja daun pudina, kari, kesum, kaduk, kunyit hidup, bunga kantan, ubi cekur, jantung pisang, ulam raja, mengkudu, pegaga, lengkuas, serai dan halia.

Ulam-ulaman ni korang bedal je semua tau.

4. Sayur-sayuran

Sayuran ni ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Jangan ingat semua boleh tau.

Yang boleh termasuklah bayam, brokoli, lobak putih, lobak merah, sawi, peria dan ubi kentang.

Tak boleh korang makan macam asam keping, cili padi, jering, petai, kacang botol, labu, kacang panjang, pucuk ubi, sayur keladi, kobis, tomato, terung, petola, pucuk paku, pucuk ubi, petola, kangkung dan ubi kayu.

5. Buah-buahan

Buah-buahan juga ada pantangnya, untuk pastikan takde kesan pada bayi dan luka anda cepat sembuh, anda perlu makan walnut, blueberry, longan cina, kismis, prune, peach, strawberi, epal merah, oren, kurma dan anggur.

Yang tak boleh pula termasuk manggis, kuini, sengkuang, nangka, langsat, ciku, mangga, durian, belimbing, jambu, pear, kiwi, tembikai, buah lai, limau dan nenas.

6. Makanan lain

Untuk makanan tambahan lain, korang boleh saja makan biskut, masakan panggang, rebus, kukus dan bakar. Yang lain boleh juga makan roti, nestum, conflakes dan oat.

Semua tu banyak memberi tenaga selain banyak zat tambahan untuk anda. Jadi walaupun anda susah nak kurus selepas bersalin, masih lagi boleh diet dan dapat khasiat yang cukup.

Makanan yang perlu dielakkan adalah, masakan berminyak, laksa, kuey teow, bihun, mee, daging yang diprosess dan tempe.

7. Air minuman

Minum air pun korang jangan kurang dan jangan terlebih. Nanti kalau kurang, susu akan tak berapa pekat. Bayi perlukan banyak susu masa bf ni. Kalau terlebih minum air, nanti akan lembut sangat kulit korang, takut banyak kencing dan sebabkan susah baik luka bawah tu.

Air suam, horlicks, madu, air coklat, halia kurma, manjakani, kopi, air halia, jus pegaga dan kunyit.

Untuk yang tak boleh minum, anda kena elak cuka buah, jus buah, kelapa muda, cincau, tebu, minuman bergas, air sejuk dan air berais.

4 SEBAB KENAPA SUSAH NAK KURUS SELEPAS BERSALIN

1. Mengharapkan hasil yang tidak realistik. Macam tak nak makan seminggu tapi tak nak kawal makan. Ambil pula ubat macam-macam, krim pun yak kurangnya, lepas tu anda berangan akan dapat turun berat. Nak kurus tapi tak nak usaha senam dan kurangkan pengambilan karbo. Kalau target tunggi sangat kalau tak dapat senang putus asa.

2. Tidur tak nyenyak dan kurang tidur. Berat memang akan senang naik kalau kurang tidur, Badan akan letih dan tak bertenaga, Bila tenaga kurang, anda akan malas beraktiviti dan bersenaman ringan semasa pantang. Makan biar cukup, tidur pun biar cukup.

3. Pengambilan garam. Masa bersalin, makanan kita amat sensitif pada kesan badan kita. Kalau garam terlebih walaupun sedikit, kesannya akan cepat nampak. Garam banyak akan sebabkan badan menahan air. Maka, perut pun akan nampak buncit. Kena elak garam dan kena teliti kadar garam dalam masakan pantang kita.

4. Kurang senaman ringan ketika pantang. Yelah, masa pantang ni, kita akan takut nak bergerak banyak. Takut luka buka semula dan kesan lain-lain. Tahu tak sebenarnya, kita boleh buat senaman hanya dengan menggerakkan kaki dan tangan. Tak perlu yang berat-berat, hanya sekadar buang kaolori dalam badan sahaja sudah cukup.

Korang pula cuba cerita sedikit pengalaman korang. Komen dan share artikel ni untuk bantu rakan-rakan anda yang susah nak kurus selepas bersalin.


Popular Posts