Monday 23 September 2019

Berapa Kalori Nasi Putih?

Secara purata, kalori nasi putih adalah

242 kalori

Dalam sepinggan, biasanya ada 187 gram.

Untuk hidangan kecil, lebih kurang 100 gram mengandungi 130 kcal.



BAGAIMANA CARA UNTUK BAKAR 242 KALORI (kalori sepinggan nasi putih)?

Anda perlu mengayuh basikal selama 37 minit.

Anda boleh berenang selama 20 minit.

Anda boleh jogging selama 28 minit.

Anda perlu berjalan kaki selama 67 minit.






Baca juga kalori bihun goreng yang tepat di sini. Dan juga kalori nasi ayam yang betul.

BERAPA KILO BOLEH NAIK UNTUK SEPINGGAN NASI? 



Jika anda makan dan tidur, maka akan naik 187 gram sepinggan besar dan 100 gram sepinggan nasi.

Cukup 10 pinggan anda makan dan tidur, maka anda akan naik berat sebanyak 1kg. Detoks badan anda dengan lemon sebelum diet tau!

Jika 10 pinggan ambil masa 5 hari untuk anda makan, maka anda akan naik berat 1kg dalam masa 5 hari.

Secara purata, jika anda kurang bersenam, anda akan naik lebih kurang 1kg seminggu dengan pemakanan biasa.

BERAPA KALORI ANDA PERLU SEHARI? Cuba 99 cara untuk kuruskan badan ni kalau nak mudah turun berat. Kalau pernah dengar herbalife, boleh tengok cara kurus dengan herbalife dalam seminggu sahaja.

Dalam sehari, bagi lelaki dan wanita, kita perlukan:

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

APA JADI JIKA ANDA MAKAN LEBIH DARI JUMLAH INI?

Setiap kali anda makan lebih, dan 8000 kalori seterusnya akan naikkan badan 1kg.

Kalau sanggup, boleh paksa guna diet ala tentera untuk cepat turun berat.



DARI BERAT 117KG, KINI TINGGAL 90KG, HILANG 27KG!








BONUS

Sebelum korang mulakan apa-apa program diet, korang dah ke belajar cara diet yang betul? Kalau belum korang cuba cari ebook basic cara turun berat yang betul dahulu.

Kami sangat sarankan kepada pembaca kami ebook formula kurus ni. Yang bestnya ebook ni anda akan dapatkan cara step by step cara diet yang efektif untuk anda turunkan berat semaksima mungkin dalam waktu seminimum mungkin.

Haa berbelit kan ayat admin ni. Ebook ni boleh kata ebook kurus nombor 1 la kat Malaysia ni yang dah tolong ribuan pembaca turunkan berat. 

Boleh baca lebih lanjut dan order di sini.


"RAMAI SUDAH BERJAYA DIET DENGAN KITSUI BELLY LOSS FIBER"











Kandungan Bahan Kitsui Belloss Fiber

Fruktos, Serbuk epal, Maltodekstrin, Serbuk senna, Asid sitrik, Campuran buah dan sayur, Guar gum, Perisa nenas, Serbuk oren, Trikalsium fostat dan pewarna dibenarkan.

Kebaikan/Fungsi Kitsui Belloss Fiber

-Mengelakkan sembelit
-Meningkatkan metabolisma
-Melancarkan peredaran darah
-Menyingkirkan toksin dalam badan
-Menambahbaikan proses tidur
-Tubuh badan terasa lebih selesa dan bertenaga

Cara menggunakan Kitsui Belloss Fiber

Bancuhkan 1 paket dengan 150ml air suam dan goncangkan sehingga larut. Diminum sebelum makan malam atau sebelum tidur. Sehari 1 paket. Minum air secukupnya bagi kesan yang lebih efektif 


Sunday 8 September 2019

Kenapa Susah Nak Kurus Selepas Bersalin? - Ini Jawapannya!

Anda baru saja lahirkan anak? Masa pantang anda ingat mudah nak kurus? Tapi apakan daya, dah cuba jaga makan betul-betul tapi hasilnya mengecewakan?

Dalam artikel kali ini kita akan cuba rungkaikan kenapa susah nak kurus selepas bersalin.

Untuk turun berat lepas bersalin ni, anda perlu imbangkan pemakanan pantang dengan pemakanan diet.

Mungkin itulah punca ramai yang keliru yang mana satu mereka perlu utamakan. Adakah makanan pantang itu akan buatkan kita senang nak kurus selepas bersalin? Atau terus berdiet tanpa hiraukan kesan diet pantang?



Anda boleh pelajari semuanya dalam entri ni. Macam mana anda boleh mudah kurus selepas bersalin walaupun ini bukan anak pertama anda!

"FAKTOR UTAMA SUSAH KURUS ADALAH MAKANAN YANG KITA AMBIL LEBIH DARI APA YANG KITA GUNAKAN"

Untuk pastikan kalori anda ambil lagi kurang dari kalori yang anda guna masa berpantang, anda perlu amalkan:

1. Kurangkan karbohidrat dan pengambilan makan berminyak, berlemak dan juga gula.

2. Tambah aktiviti kardio: Masa berpantang boleh bersenam ringan dengan berjalan-jalan sedikit dan selalu mengerak-gerakkan bahagian tangan pinggang dan kaki.

3. Cukup tidur dan rehat, jangan stress. Kalau anda tak dapat rehat secukupnya, sistem badan anda kurang stabil dan akan menyebabkan anda senang naik badan walaupun selepas bersalin.

FAKTOR HORMON YANG BUATKAN ANDA SUSAH NAK KURUS SELEPAS BERSALIN

1. Insulin

Kalau selalu sangat manis-manis ni, paras insulin akan tinggi. Lagi-lagi kalau karbohidrat juga anda tak jaga main hentam saja. Orang macam ni akan kumpul lemak dan air dalam badan, lambat nak kumuhkan.

Tapi insulin bukanlah tak penting. Kalau otot kita nak besar, ia perlukan insulin. Kalau otot makin besar, lagi lajulah lemak dibakar, lagi cepat pula gula dan darah masuk dalam sel-sel otot. Maka paras gula dan insulin dalam darah akan jadi cepat untuk stabil.

Anda perlu timing untuk ambil nutrient. Masa paling sesuai untuk ambil makanan karbo dan gula adalam bila lepas bersenam, atau waktu buka puasa supaya peningkatan insulin yang mendadak dapat dielakkan.

2. Leptin dan Ghrelin

Yang ni mungkin kita jarang dengar. Tapi leptin akan sebabkan kekenyangan. Ghrelin pula akan tingkatkan selera makan kita.

Kalau nak senang kurus selepas bersalin, kena naikkan leptin dan kurangkan ghrelin. Kalau anda selalu kira kalori macam teh tarik tu, dan makanan manis yang lain pun ada cuba paksa nak elakkan, paksaan itu akan ada risiko menaikkan ghrelin dan akan menyekat penghasilan leptin yang secukupnya.

Kesan withdrawal tu adalah macam ketagihan untuk dapatkan makanan yang anda cuba elakkan tapi dengan kadar berlebihan pula!

Antara cara berkesan untuk elakkan anda susah kurus selepas bersalin adalah:

Makan buah dahulu sebelum makan nasi atau roti.

"Dari pengalaman akak, kita perlu maintain pemakanan yang sihat kalau nak senang turun berat selepas bersalin. Makan herba biar lebih takpe. Makan buah dulu baru ambil roti dan nasi.

Tapi biarlah herba tu herba semulajadi. Masa susukan anak memang kena jaga betul-betul pemakanan yang sihat. Ini supaya baby stay healthy dan diet kita tak beri kesan sampingan kepada bayi."


"Saya pula makan macam biasa je, Yang penting saya akan ikut cara pemakanan sunnah. Makan buat dulu baru saya akan ambil makanan ruji macam nasi dan roti.

Boleh juga kalau anda nak cuba epal orange berries. Makan cara nabi yang lain-lain tu kita kena ikut juga mudah-mudahan ada keberkatannya. Yelah cara nabi dan sunnah mesti untuk kebaikan kita jugakan. Mana ada cara sunnah yang akan bertambah mudharat badan kita."


"Jangan lupa untuk elakkan makanan manis dan bergoreng. Ia perlu dijauhi betul-betul. Kekadang ada makanan berminyak yang kita terlepas pandang. Ada juga yang biasa sangat makan benda-benda berminyak. Roti dan nasi akak ambil lepas akak makan buah untuk beri lebih vitamin sebelum karbo masuk dalam badan.

Akak masa breastfeed anak kedua sampai ke hari 44 baru dapat merasa Goreng Pisang Cheese. Ramai terus bedal makan macam-macam lepas hari pantang tu. Yang penting korang kena maintain pemakanan pantang biar lama lebih sedikit takpe."

Jangan stress, kena maintain berat badan dulu baru fokus nak kurus.

"Sepatutnya kalau kita bf memang senang nak buat orang kurus kan. Tapi mula-mula memang akak pelik kenapa susah sangat nak kurus selepas bersalin ni. Rupa-rupanya akak banyak pulak stress. Korang jangan jadi macam akak. Sedikit-sedikit rumah bersepah akak rasa serabut. Jadi akak memang tak dapat kawal stress dengan baik. Kalau dulu air pun ambil dari perigi jadi adalah sebab nak bersenam jalan jauh-jauhkan. Zaman sekarang mana ada lagi dah! Semua ni bergantung pada hormon kita. Hormon ibu mudah terganggu kalau bf ni. Zaman sekarang ni hormon kita akan juga dipengaruhi oleh pemakanan kita jadi hati-hati sedikit apa yang kita makan."

Kalau korang masih rasa susah nak kurus selepas bersalin, pastikan korang ikut pemakanan di bawah ni.

PEMAKANAN SIHAT UNTUK YANG SUSAH KURUS SELEPAS BERSALIN

1. Ayam dan daging

Korang boleh saja makan ayam dan daging seperti burung puyuh, merpati, ayam hitam, ayam didik, ayam kampung dan ayam selasih.

Tak kurang juga kalau yang suka daging tu, makanlah daging kambing, daging kurang lemak dan daging batang pinang.

Tak boleh makan daging dan ayam pada bahagian yang berlemak.

2. Ikan

Ikan memang amatlah digalakkan dalam korang susah sangat nak kurus selepas bersalin ni.

Anda teramatlah perlu makan ikan seperti salmon, bilis, bawal putih, tenggiri, kurau, jenahak, ikan merah, gelama, yu, selar dan haruan. Semua ni banyak khasiatnya.

Tak boleh makan udang, ketam, kerang, cencaru (penyebab gatal pada bahagian vagina), tamban, kembung, parang, sembilang, pari, duri, terubuk, bawal hitam, keli, ikan masin dan ikan kering.

3. Ulam-ulaman

Ulam-ulaman pula, anda boleh makan semuanya. Anda jangan risau kerana ulaman banyak memberi vitamin dan khasiat yang cukup untuk orang yang susah nak kurus lepas bersalin.

Makan saja daun pudina, kari, kesum, kaduk, kunyit hidup, bunga kantan, ubi cekur, jantung pisang, ulam raja, mengkudu, pegaga, lengkuas, serai dan halia.

Ulam-ulaman ni korang bedal je semua tau.

4. Sayur-sayuran

Sayuran ni ada yang boleh dan ada yang tak boleh. Jangan ingat semua boleh tau.

Yang boleh termasuklah bayam, brokoli, lobak putih, lobak merah, sawi, peria dan ubi kentang.

Tak boleh korang makan macam asam keping, cili padi, jering, petai, kacang botol, labu, kacang panjang, pucuk ubi, sayur keladi, kobis, tomato, terung, petola, pucuk paku, pucuk ubi, petola, kangkung dan ubi kayu.

5. Buah-buahan

Buah-buahan juga ada pantangnya, untuk pastikan takde kesan pada bayi dan luka anda cepat sembuh, anda perlu makan walnut, blueberry, longan cina, kismis, prune, peach, strawberi, epal merah, oren, kurma dan anggur.

Yang tak boleh pula termasuk manggis, kuini, sengkuang, nangka, langsat, ciku, mangga, durian, belimbing, jambu, pear, kiwi, tembikai, buah lai, limau dan nenas.

6. Makanan lain

Untuk makanan tambahan lain, korang boleh saja makan biskut, masakan panggang, rebus, kukus dan bakar. Yang lain boleh juga makan roti, nestum, conflakes dan oat.

Semua tu banyak memberi tenaga selain banyak zat tambahan untuk anda. Jadi walaupun anda susah nak kurus selepas bersalin, masih lagi boleh diet dan dapat khasiat yang cukup.

Makanan yang perlu dielakkan adalah, masakan berminyak, laksa, kuey teow, bihun, mee, daging yang diprosess dan tempe.

7. Air minuman

Minum air pun korang jangan kurang dan jangan terlebih. Nanti kalau kurang, susu akan tak berapa pekat. Bayi perlukan banyak susu masa bf ni. Kalau terlebih minum air, nanti akan lembut sangat kulit korang, takut banyak kencing dan sebabkan susah baik luka bawah tu.

Air suam, horlicks, madu, air coklat, halia kurma, manjakani, kopi, air halia, jus pegaga dan kunyit.

Untuk yang tak boleh minum, anda kena elak cuka buah, jus buah, kelapa muda, cincau, tebu, minuman bergas, air sejuk dan air berais.

4 SEBAB KENAPA SUSAH NAK KURUS SELEPAS BERSALIN

1. Mengharapkan hasil yang tidak realistik. Macam tak nak makan seminggu tapi tak nak kawal makan. Ambil pula ubat macam-macam, krim pun yak kurangnya, lepas tu anda berangan akan dapat turun berat. Nak kurus tapi tak nak usaha senam dan kurangkan pengambilan karbo. Kalau target tunggi sangat kalau tak dapat senang putus asa.

2. Tidur tak nyenyak dan kurang tidur. Berat memang akan senang naik kalau kurang tidur, Badan akan letih dan tak bertenaga, Bila tenaga kurang, anda akan malas beraktiviti dan bersenaman ringan semasa pantang. Makan biar cukup, tidur pun biar cukup.

3. Pengambilan garam. Masa bersalin, makanan kita amat sensitif pada kesan badan kita. Kalau garam terlebih walaupun sedikit, kesannya akan cepat nampak. Garam banyak akan sebabkan badan menahan air. Maka, perut pun akan nampak buncit. Kena elak garam dan kena teliti kadar garam dalam masakan pantang kita.

4. Kurang senaman ringan ketika pantang. Yelah, masa pantang ni, kita akan takut nak bergerak banyak. Takut luka buka semula dan kesan lain-lain. Tahu tak sebenarnya, kita boleh buat senaman hanya dengan menggerakkan kaki dan tangan. Tak perlu yang berat-berat, hanya sekadar buang kaolori dalam badan sahaja sudah cukup.

Korang pula cuba cerita sedikit pengalaman korang. Komen dan share artikel ni untuk bantu rakan-rakan anda yang susah nak kurus selepas bersalin.


Monday 26 August 2019

Produk Detox Terbaik di Farmasi

Adakah anda jenis suka beli barang di farmasi? Dan tengah cari produk detox terbaik di farmasi?

Kami juga tertanya-tanya apakah produk detox yang paling bagus di farmasi. Tapi jangan lupa baca 99 tips dan cara kuruskan badan yang tengah trending skarang ni.

Hasil carian kami dan Google kami tak jumpa jawapan. Oleh itu, kami ingin senaraikan pada anda beberapa produk yang ada di farmasi dan sesuai untuk anda cuba.



Kami buat list ni adalah hasil carian dan kajian kami secara menyeluruh untuk pastikan list ini berguna untuk anda. Jangan lupa detoks dengan lemon dahulu untuk nampak kesan yang cepat macam kisah ni.

Kami juga akan bandingkan harga produk detoks yang terbaik yang kami jumpa di farmasi. Kalau anda tidur, sebenarnya anda pun boleh kuruskan badan sambil tidur kalau kena caranya.

Diskaun yang ada juga akan kami bandingkan sekali. Harap dapat bantu anda yang malas nak keluar jauh ke sana. Atau order saja dari kami dengan klik link yang kami sertakan di post ini.

APA CIRI-CIRI PRODUK DETOX TERBAIK DI FARMASI?

Kami bukan saja-saja buat list tanpa pastikan list ini lengkap dengan segala info yang kami cuba sampaikan.

Ciri-ciri produk terbaik itu kami kelaskan kepada beberapa kategori:

1. Berkesan.
2. Murah.
3. Kuantiti.
4. Kelulusan KKM.

Sebelum kita cari jawapan kepada produk detox terbaik di farmasi ni, jom kita layan produk-produk yang ada di sana. Selain produk detoks, korang kena juga tahu pil kurus terbaik di farmasi.

#1 Watsons Detox Tea 20's



WS D'tox Tea adalah cara yang selamat, semulajadi, dan berkuasa untuk menghapuskan toksin yang berpotensi berbahaya kepada tubuh. Kalau minat nak kurus cara yang lebih semulajadi, boleh cuba Aslene untuk kurus.

Toksin bahaya adalah hasil dari pemendapan bertahun-tahun bahan kimia yang masuk ke dalam tubuh kita. Tapi, kalau korang pernah dengar pasal herbalife, boleh juga cuba tengok cara kurus dalam seminggu dengan herbalife.

Jika anda tak pernah toksin badan, ada kemungkinan toksin anda sudah kronik. Jangan tunggu lama-lama untuk kumuhkan toksin tersebut.

Arahan
Curam 1 teabag (3.5g) ke dalam air panas dan biarkan selama 10 minit sebelum minum.

Bahan-bahan

Teh Hijau, Teh Rooibos, Kayu Manis, Buckthorn Bark, Slippery Elm Bark, Chamomile, Marshmallow Root dan Senna Leaves

RM 55



#2 BIOXCELLENT W.Line Fiber Detox




Berfungsi untuk melancarkan sistem cerna badan. Badan lebih ringan, bertenaga dan dapat buang lemak beserta toksin. Ia juga mencerahkan kulit badan.

Pelbagai fungsi ini kami sarankan anda guna bagi yang sudah pernah detoks. Bagi yang masih remaja pun sudah boleh gunakan produk detoks kerana anda juga berpotensi menyimpan pelbagai bahan kimia berbahaya dalam tubuh.

RM 95


#3 KINOHIMITSU Detox Tea Peppermint


Kinohimitsu D'Tox Tea adalah gabungan herba tradisional semula jadi yang menyediakan minuman tanpa kafein yang ringan dan enak yang membantu mencapai hasil.

Teh ini dengan lembut meremajakan badan, mengurangkan rasa fatique.

Ia mengembalikan semangat kepada mereka yang sering merasa lemah atau letih.

Terutama selepas hari yang lama letih, D'tox Tea sangat baik untuk orang yang sibuk, menuntut gaya hidup dengan daya tahan yang lebih rendah terhadap tubuh dan ketidakselesaan mental.

RM 79

SARANAN KAMI TENTANG PRODUK DETOX TERBAIK DI FARMASI?

Kami menyarankan BIOXCELLENT W.Line Fiber Detox.

Kenapa? Sebab fungsi pelbagai yang dapat detoks beserta mencerahkan kulit satu badan. Ia juga merupakan pakej lengkap untuk detox bagi yang susah nak turunkan berat atau rasa badan tidak sihat.

Antara fungsi lainnya:

1. Menjadikan badan rasa ringan secara tidak radikal.
2. Sistem imunisasi badan akan ditingkatkan selepas beberapa cawan pengambilan.
3. Mengawal kolestrol dalam darah badan supaya lebih mapan.
4. Mengelakkan berat badan secara berlebihan.
5. Memutihkan, menggebu dan melicinkan kulit secara semula jadi.

Anda boleh cuba sendiri kelainannya berbanding produk detoks yang lain.

Dan kami sangat sarankan Bioxcellent ni sebagai produk detox terbaik di farmasi berdasarkan pengalaman luas kami dalam menjual produk kesihatan.

Sunday 25 August 2019

Review Diet Telur Rebus - Kisah Sebenar

Hari ni kami nak beri sedikit review diet telur rebus. Sebab kami rasakan kami selesa dengan diet ni hanya guna telur rebus saja.

Diet ni sesuai untuk mereka yang dalam bajet. Tapi suka makan telur.

Mula-mula anda kene belajar beberapa resepi telur rebus.

Scrambled egg contohnya. Seperti anda tahu, diet ni perlu konsistensi. Kalau nak konsisten perlu bersemangat baru menjadi.

KENAPA TELUR REBUS?

Sebab telur rebus ni akan sebabkan perut rasa kenyang lebih lama.
Banyak protein, tingkatkan metabolisma tubuh dan bantu bakar lemak tepu dalam badan.





Tak perlu guna duit banyak untuk lakukan diet telur rebus ni.

Dengan telur rebus ni anda yang tak suka telur rebus perlu tingkatkan minat untuk diet cara ni. Jadi anda kena fikir sendiri apa resepi yang anda boleh telan selalu gunakan telur rebus.

Kalau tak rajin masak, biasakan order telur rebus di kedai. Tapi kene ingat, telur rebus dan telur goreng jauh bezanya ya.

Untuk diet, telur goreng tak digalakkan sebab minyak dalam kita masak tu banyak diserap oleh telur.

Telur rebus pulak hanya guna haba untuk masak, jadi takde kolestrol. Boleh cuba campurkan bahan-bahan yang anda suka macam mayonis ke sos ke.

Nanti dah kurus boleh beri review di blog kami.

Sape kenal Zulin Aziz?
Pelakon ni tekad untuk hilangkan 10kg. Dia gantikan diet telur rebus ni gantikan nasi. Selama sebulan dapat turun 10kg.

Berbaloi kan pengorbanan sebulan beliau.

Memang ada banyak kisah menarik kalau korang nak tahu. Orang boleh turun sampai 10kg dalam dua minggu saja dengan telur rebus ni tau.

CARA DIET TELUR REBUS

Cara buat telur rebus ni mudah saja. Panaskan air sampai didih, masak selama 6-7 minit.

Korang mulakan hari pagi dengan 2 biji telur rebus dulu.

Tengahari nanti tambah lagi sebijik atau dua di kedai makan masa anda kerja.

petang cari sebiji dan malam 2 biji. Kalau nak lagi berkesan gantikan sebahagian besar nasi anda dengan telur rebus.

Telur rebus memang sesuai untuk menggantikan nasi tapi bukan secara total. Kalau nak ganti nasi lebih baik guna roti lebih banyak khasiatnya.

PANTANG LARANG DIET TELUR REBUS.

Kurangkan garam dan gula memang satu kemestian. Makanan segera cuba elakkan. Lagi dapat tinggalkan terus lagi bagus.

Setiap pagi cuba selitkan senaman ringan. Sebelum pergi kerja. Atau anda cari alasan untuk naik pejabat guna tangga tak payah guna lif.

Ambil air kosong 8 hingga 10 gelas sehari. Supaya senang terkumuh semua bendasing dalam badan dan bersihkan tubuh.

Untuk tips tambahan, minta pendapat atau nasihat doktor untuk mula mana-mana program diet. Boleh saja pergi pada mana-mana doktor klinik kerajaan. Bukan apa untuk pastikan anda takda penyakit pelik-pelik yang akan dapat masa diet nanti.

KHASIAT TELUR REBUS UNTUK DIET

Telur rebus ni imunisasi lebih baik. Anda akan susah sakit, kalau sakit anda akan lebih mudah sihat.

Antibodi anda akan digalakkan oleh pemakanan dan amalan telur rebus ni. Sebab telur rebus ni protein memang penuh. Korang tak akan risau pasal kekurangan protein. Semua dah di'cover' oleh telur rebus ni.

Telur rebus ni jugak akan sebabkan kolestrol badan dapat dikawal. Bila korang ganti telur rebus ni sebagai sumber karbo korang macam nasi, roti, tepung dan lain-lain.

Ia akan menghadkan kadar kemasukan lemak dan karbohidrat berlebihan dalam badan anda.

Telur rebus ni jugak dapat kurangkan risiko sakit jantung. Makanan lain yang anda boleh amalkan sekali adalah epal hijau.

Ambil sekali pagi sekali malam epal hijau bersama telur rebus. Nescaya amat rendah anda nak kena sakit-sakit kronik sebab badan anda dapat vitamin secukupnya.

KENAPA TAK MENJADI?

Ok, sekarang anda dah cuba tapi tak jadi? Apa sebab diet telur rebus anda ni tak jadi? Korang perlu tahu, langkah pertama untuk diet adalah detoks badan. 

Kebanyakan orang tak suka detoks. Atau ramai orang tak tahu kena detoks badan sebelum lakukan apa-apa program diet.

Detoks sangat penting dan fasa ni yang paling kami sarankan dalam blog ni.

Anda kena kumuhkan lebihan bendasing dalam badan dulu untuk lancarkan sistem percernaan. Jadi setiap zat yang anda makan lepas tu, akan diserap dengan baik.

Kalau tak tahu nak detoks macam mana, guna saja air masak, minum selepas bangun tidur sebelum makan apa-apa.

Kalau nak lagi berkesan, detoks guna suplemen detoks yang sah.

BERAPA LAMA KESAN DIET TELUR REBUS NI?

Anda tak ada masa nak buat diet telur rebus ni lama-lama? Admin suka review diet telur rebus ni sebab semua orang boleh buat. Tapi bila ramai boleh buat, berapa ramai yang berjaya?

Berapa lama pulak kesannya? Admin boleh katakan hampir 50% orang di luar sana boleh turun berat dan berjaya diet telur rebus ni. Berdasarkan review-review diet telur rebus yang kami banyak terima respon positif dari pelanggan kami.

Kesannya boleh dilihat dalam 3 hingga 7 hari. Lepas amalkan diet telur rebus ni, korang akan mula nampak kesan badan lebih segar dan bertenaga.

Tapi sebenarnya anda sedang diet. Macam tak percaya kan.

REVIEW DAN KISAH BERJAYA DIET TELUR REBUS

Boleh baca review dan kisah berjaya diet telur rebus ni dekat post kami yang sebelum-sebelum ni.

Ifa Raziah pelakon tu pun amalkan diet telur rebus ni tau. Zulin Aziz pun antara artis yang dah dapat turun 10kg dengan diet cara ni selama sebulan.

Ifa Raziah turun 12 kg lepas amalkan diet telur rebus ni 10 biji sehari.
Larat ke korang nak ikut cara diet dia?

Sebab tu admin selalu katakan, konsistensi dan semangat adalah paling memainkan peranan.

Anda perlu lalui zaman sukar beberapa minggu sebelum dapat hasilnya.

CONTOH MENU LENGKAP DIET TELUR REBUS

Anda boleh cuba amalkan menu diet lengkap 7 hari diet telur rebus macam ni:

ISNIN

Cuba ambil sarapan buah-buahan tambahkan dengan 2 biji telur rebus. Tengahari nanti ambil sebiji epal hijau dengan roti gandum penuh. Malam pulak ambil salad dan ayam masak stim.

SELASA

Mulakan hari selasa dengan sarapan buan-buahan dan 2 biji telur rebus lagi. Tengahari anda tambah salah dan ayam panggang untuk buka selera sedikit. Malam 2 biji telur rebus, salad dan oren atau limau untuk penyedap menu diet anda.

RABU

Ok, Rabu korang maintain ambil pagi 2 biji telur rebus lagi. Tengahari cuba cari keju rendah lemak dan tomato. Makan dengan roti dan boleh buat sandwich juga. Malam pula tambah menu salad dan ayam masak stim atau sup untuk balancekan diet tengahari tadi.

KHAMIS

Macam biasa 2 biji telur memang wajib untuk sarapan. Buah-buahan makan waktu tengahari dan malamnya ambil salad dan ayam masak stim. Kalau nak ubah pada sup ayam pun boleh.

JUMAAT

Ok, 2 biji lagi pada waktu pagi, tengahari sup sayur dan ditambah dengan 2 biji lagi telur rebus. Untuk makan malam, ambil ikan bakar sebagai penyedap menu mingguan. Makan dengan salad atau ulam dan sayuran segar.

SABTU

2 biji waktu pagi dan sebelah tengahari ambil buah-buahan epal, anggur dan sebagainya. Ambil sayuran sebelah malam dan dicampur dengan sup ayam.

AHAD

Cheat day. Yeay. Ahad korang boleh makan apa saja. Cheat day perlu ada untuk motivasikan korang supaya konsisten. Mesti anda akan tertunggu-tunggu hari ahad kan?

Okay apa lagi, boleh lah mulakan diet anda sekarang.

"Percayalah" -Siti Nurhaliza

Saturday 24 August 2019

Kempiskan Perut dalam 3 Hari - Cara Mujarab

Anda pening nak cari jalan penyelesaian untuk kurus? atau sudah bertahun-tahun cuba tapi susah nak turun berat?

Kami sudah banyak mendengar masalah seperti badan besar, gemuk air, tak kurus-kurus walaupun berbulan diet dan macam-macam lagi.

Macam mana anda boleh kempiskan perut dalam 3 hari sedangkan anda pun tak berjaya turun berat sebelum ni?

Kalau nak kesan cepat cuba korang try 99 cara untuk kuruskan badan ni.

Pada kami setelah bertahun-tahun menjadi consultant untuk mereka yang nak kurus atau kempiskan perut ni, kami dah dengar macam-macam masalah.




Setelah kami kaji, memang cara diet mereka salah.

"PSST! Kami ada BONUS untuk anda di hujung post ni."

Setiap orang boleh kempiskan perut sebenarnya. Walaupun dalam masa 3 hari je. Kenapa nak 3 hari? Mungkin anda nak kesan yang segera. Atau nak kejar deadline nak kahwin atau tunangkan.

Kalau korang tengah fikir nak kahwin atau bertunang, apa kata korang baca cara aku simpan duit RM18,000 dalam setahun untuk kahwin ni. Dan tips cara cari duit tambahan dari otai.

Baiklah, mari kita mulakan sedikit sebanyak ye. Jom kempis perut dalam 3 hari guna cara paling mujarab dan berkesan.

Kalau anda sanggup bersusah sikit, boleh cuba diet ala tentera ni pula.


Hari Pertama

Hari pertama ni paling penting. Anda perlu cuba untuk detoks badan dahulu. Detoks guna cara tradisional saja pun cukup. Bagi wanita, caranya sedikit lain, anda boleh kempiskan perut guna cara ni.

Cubat buat air lemon. Atau lemon campur daun pudina. Atau jus epal hijau. Atau produk detoks untuk buang toksin.

Lepas detoks. Baru anda fokus pada bahagian lain. Perut nak kempis kene pastikan kempis cara sihat.

Amalkan pengambilan air banyak. Air juga agen detoks. Minum 2 gelas pagi betul-betul selepas bangun pagi. Waktu ni lah air berfungsi sebagai bahan detoks.

Bahan terbaik untuk detoks adalah lemon. Kalau nak detoks yang berkesan, cuba cara kuruskan badan dengan lemon.



Ini juga cara Rasulullah. Pasti terjamin hikmah kesihatannya. Lepas ni kalau tak sempat buat air detoks tu minum air saja pagi-pagi sebelum makan apa-apa. Waktu perut kosong.

Akan terkumuhlah semua makanan pada malam tu nanti. Baru berkesan kalau anda nak makan suplemen atau anda nak diet pada hari tersebut.

Lepas sehari detoks pastikan takda kesan sampingan pada hari tu. Perut normal. Memang belum kempis masa ni. Tapi kempis sementara. Angin kembung dalam perut tu boleh sebabkan susah nak kempis.

Sambil-sambil belajar cara kempiskan perut dalam 3 hari, baca juga artikel berkaitan pil kurus terbaik di farmasi yang dah bantu ribuan turun berat dalam masa singkat.

Apa sebenarnya perut buncit ni?

Perut buncit dan tak kempis tu sebab anda pernah makan banyak, jadi perut penuh, berulang-ulang. So, otot sekeliling perut anda stretch. Lepas makanan dikumuhkan otot perut tadi akan maintain kembung.

Alamak dah kembung macam mana nak buat?

Kalau anda tersilap makan sebelum ni jadi kembung atau buncit perut anda. Anda kene teruskan detoks perut dulu. Hilangkan semua bendasing yang tak sepatutnya ada dalam perut untuk kempiskan perut dalam masa 3 hari ni.

Ada juga orang boleh turun 81KG dalam 10 bulan tau!

Apa yang kebanyakan orang selalu buat dan salah?

Nak kempiskan perut dalam 3 hari memang susah kalau cara anda salah. Kami dah berjaya bantu beberapa orang kurus, slim dan kempiskan perut mereka dalam seminggu saja.

Tetapi pastikan anda tidak buat perkara-perkara seperti ni:


  1. Makan terlalu banyak atau terlalu sikit.

    Makan kena berpada. Anda kena setkan, jika pagi sudah makan anda perlu buat kerja yang secukupnya untuk habiskan kalori menu sarapan pagi tu. Kalau malam makan banyak, kene beringat, makan secukupnya seeloknya sebelum maghrib.

    Terlalu sedikit makan pula akan sebabkan anda susah nak jaga metabolisma. kalau makan sedikit, ada zat yang tak dapat. silap-silap akan buatkan anda lebih berselera untuk makan banyak pada waktu-waktu lainnya. Nanti kalau dah berjaya kawal makanan, cuba pula cara kurus dengan Aslene supaya lebih maintain berat badan anda.

    Makan banyak pulak anda akan kena masalah otot perut stretch tu. Lagi susah, nanti perut kosong pun masih nampak kembung atau buncit.

    Pastikan anda makan cara sederhana tapi perhatikan apa yang anda makan.
  2. Tak bersenam atau terlalu banyak bersenam.

    Ramai nak jalan shortcut untuk kurus tapi tak dapat nak maintain bersenam sentiasa. Ini cara salah. Anda nk kurus kena usaha lebih. Cuba yang cara susah dulu. Kalau tak jadi baru boleh cara yang slow.

    Korang pernah dengar herbalife tak? Kalau pernah, boleh cuba cara kurus dengan seminggu dengan herbalife.

    Berbaloi try yang susah dulu. Kalau tak mampu baru try cara lambat.

    Pastikan senaman anda buat yang ringan tapi banyak. Macam kardio. Senaman yang hold berat tu lebih baik untuk peringkat ini.

    Kalau senaman berat, nanti akan sebabkan otot anda naik. Boleh cuba Sit Up dengan hold separuh. Tak payah naik seluruh badan. Biar otot perut anda kejang dan senang nak kempis dalam 3 hari.
  3. Terlalu memilih makanan diet.

    Jangan terlalu nak pilih nak  makan apa. Nanti tak jadi. Pastikan anda hindari makanan yang anda rasa anda boleh konsisten. Tak berhenti sekerat jalan. Cara ni lebih berkesan.

    Mulakan dengan kurangkan nasi sedikit-sedikit. Lepas tu baru cuba kurangkan karbo secara total.

    Diet ni kena plan. Kalau tak plan sekejap je jadi. Untuk kempis perut dalam 3 hari, pada pandangan saya senaman dan detoks amat penting pada peringkat ini.

TURUN 15 KG DALAM 2 BULAN DENGAN CLEAN 8




TURUNKAN BERAT BADAN ANDA DENGAN MUDAH DENGAN CLEAN 8




Hari Kedua.

Kalau hari pertama dah fokus nak detoks, hari kedua anda perlu fokus pada puasa. Ya puasa.

Selepas detoks, bahan-bahan lebihan dalam perut akan dicernakan. Anda tambah atau support lagi perkumuhan tu dengan puasa pada hari kedua.

Tapi masa buka nanti, anda makan nasi separuh dari jumlah yang anda biasa makan.

Kalau biasa makan 5 senduk, kurangkan ke 2 senduk saja.

Jangan ekstrim sangat. Kalau lapar nanti sebelah malamnya anda cuba buat nestum atau oat dulu.

Dah kempis ke pada hari kedua ni?

Sepatutnya pada hari kedua ni, anda akan rasa ringan perut sebab bahan dah kumuh dan anda dah kurangkan makan pada hari ni.

Apa jadi kalau anda tak nampak perubahan kempis perut pada hari kedua ni?

Anda kena makan supplemen yang ada dua fungsi.

Fungsi pertama : Detoks

Fungsi Kedua : Fat Burner

Penting sangat tau gandingan detoks + fat burner ni.

"Inilah cara paling shortcut untuk kurus."

Hari Ketiga.

Ok, Lepas korang dah detoks dan korang dah puasa untuk support detoks pada hari pertama tadi, hari ketiga adalah untuk teruskan suplemen dan senaman.

Fokus hari ketiga adalah SUPLEMEN dan SENAMAN.

Suplemen hari kedua tu anda teruskan saja. Hari ketiga patutnya anda sudah rasa ringan untuk terus kurangkan makan.

Hari ketiga kempis perut ni adalah asas kepada hari-hari kempis perut yang akan datang.

Kekalkan momentum perut kempis ni. Bersenam guna cara kardio tadi. Cari saja senaman yang betul pada blog ni. Ada banyak tips yang kami dah kongsi.

Pada hari ketiga ni anda boleh cuba cara ketiga-tiga hari tadi.

  1. Detoks cara tradisional atau air selepas bangun tidur.
  2. Puasa dan tambah sumplemen fatburner atau detoks.
  3. Campur dengan senaman kardio.
Ketiga-tiga elemen ni adalah elemen asas yang semua orang perlu buat. Untuk kempis perut dalam 3 hari, anda perlu perancangan rapi.

3 hari memang sesuatu yang ambitious untuk capai tapi memang tidak mustahil.

Mungkin lepas anda berjaya kempis guna cara dan tips dalam blog ni, anda perlukan konsistensi sahaja untuk teruskan kempiskan perut anda.

Yang penting, jika anda nampak kempis sedikit, anda kene konsisten buat perkara yang sama dan anda akan nampak kesannya dalam 3 hari.

CLEAN 8 PIL KURUS DI FARMASI TERBAIK


Saturday 17 August 2019

Testimoni Diet Atkins Yang Berjaya - Pengalaman Sebanar

Dalam post ini kami kongsi pada anda koleksi-koleksi pengalaman sebenar mereka yang dah berjaya diet atkins.

Kalau nak semangat, boleh lah ambil screenshot komen-komen mereka ni.

Bukan senang nak masuk testimoni diet atkins yang berjaya ni. Yelah, mereka dah lalui zaman-zaman kena bahan, lepastu susah payah diet.

 Memang mereka akan sayang berat mereka sekarang. Berbaloi susah penat diet atkins sampai boleh turun berkilo-kilo. Jangan ingat orang lemak tepu tak boleh turun berat. Semua boleh.

"PSST! Kami ada BONUS untuk anda di hujung post ni."

Jom layan testimoni diet atkins yang berjaya dalam post ni.

Kalau korang nak cara dan panduan lengkap diet atkins fasa 1 sampai 4, boleh baca post kami yang viral ni. Atau minat nak tahu cara diet dengan menu yang betul.

Kami juga ada cara shortcut kalau nak turun berkilo-kilo dalam seminggu.

Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 1

" Saya Khadijah (bukan nama sebenar), sebelum diet atkins ni saiz saya xl, lepas beberapa bulan 3 bulan tak silap, berat sy dari 72kg turun ke 62 kg. Saya amalkan diet atkins je.

Korang kene tabah lah sikit. xsusah pun sebenarnya.


Yang penting semangat korang kene tebal. Bayangkan selalu gambar kurus korang, ceh, kasi terkejut famil2 korang gitteww.."



" Masa diet atkins dulu saya banyakkan sup sayur bayam, walaupun makan ayam goreng tapi jadi juga hehe.."




Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 2

" Panggil eha je ya. Saya before this xl hingga xxl.

susah nak cari baju yang ngam. Dalam 44 ke 46 saiz dulu. Lepas diet atkins ni, berjaya jadi 38,36 dah muat saiz.. M je baju saya..dari 85++kg ke 64. not bad lah..

tempoh diet 5 bulan je.. resepi ultimate saya korang boleh cuba. telur hancur masa sarapan. sedap pun sedap hehe."

Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 3

Panggil don je la ye..dari XL seluar 36 bang.


Saiz pakaian lepas berjaya diet atkins ni M dan 31. Wow kejap. Sebelum ni 85kg tau berat boleh je lenjan sampai turun 67kg.

Baru 2 setengah bulan induction tak pernah kantoi.

Macam biasa la telur rebus separuh masak memang fevourite sy hehe..penting kita kene minat menu2 yang kita plan..

kalau tak susah nak konsisten..tabahkan hati cekalkan minda. You can do it guys.."



DARI BERAT 117KG, KINI TINGGAL 90KG, HILANG 27KG!









Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 4

"Panggil akak kak long Aimi ye..

Before this akak 50 saiz baju tau..turun tup2 jadi 44.

Berat sebelum 91kg hehe malu akak nak share.

Tapi jadi 69kg lepas 6 bulan hehe.. syok lagi kurus ni badan jadi ringan. Memang berbaloi saya cuba macam-macam cara nak kurus tapi last2 diet atkins juga yang menjadi. telur dada dengan sup macam sup ayam sup daging tu memang jadi pilihan akak..

sampai sekarang dah lepas diet pun suka makan lagi. Nasib akak selera ok. "



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 5

Nama orang panggil Sharizan, Saiz pakaian sebelum ni ehem XXL dan seluar pulak 42.

lepas 2 bulan diet atkins ni. menjadi lah pulak. tinggal pakai seluar M saiz 36 je.

sebelum ni berat ada lah dalam 108kg..Laju gak lah turun jadi 85kg.

Memang menyesal dari dulu tak diet atkins ni. Tak sangka boleh menjadi berjaya lak tuh. Memang excited nk share kt korang sume..

Boleh lah amik gambar-gambar saya jadikan inspirasi hehe.."



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 6

Nama diberi noliehazlida. Saya dah lama pakai saiz XXL.

saiz pulak lepas diet atkins ni L atau big M lah. memang tak sangka jugak boleh berjaya diet atkins ni. Before this I 96 97kg something la. Then jadi 70kg..

agak berbaloi jugak pulun diet atkins ni. Tak susah mana pun. 2 bulan je induction dan 3 bulan pulak phase 2 dan 3. tulah berapa lama diet atkins ni.

makan biasanya telur ikan sayur jek.."



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 7

Saya Paiz, Nak story sikit lah macam mana testimoni diet atkins saya berjaya turun berat dari 119kg ke 82kg dalam 2 bulan..

dulu saiz seluar 42 XL lak tuh..jenuh cari..pinggang pn tak sedap pakai.

Makan ayam telur daging sume bedal.

Entah macam mana boeh kurus pun tak tahu..agaknya ada lah terambil makanan yang jadi kurus..tak perasan hahah"


Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 8

" Saya Rafiqi Hashim, sebelum ni saiz memang teruk lah XXL, 42,43 camtu lah..lepas berjaya diet atkins tu nak kasi testimoni sikit.

Sebelum ni saya 103kg tau. lepas diet atkins saya berjaya. Bolehlah dapat 67kg. Tempoh diet saya 7 bulan je. 50-50 la 50% atkins 50% diet sendiri.

Saya suka makan goreng-goreng. Tapi ada exercise ye boss. Jogging dan skipping memang saya konsisten..Nasib menjadi rasa berbaloi-baloi hehe"


Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 9

"Nickname boleh panggil eyza raymee.

Before this I 73kg then lepas 7 bulan berdiet atkins ni dapat lah rasa badan 51kg. Tak sangka boleh berjaya berdiet atkins ni. Ingatkan susah.

tak susah sangat sebab tak berapa ketat diet kita. Sebelum ni baju saya XL dan jadi S je lepas tempoh 7 bulan tu. Tak rasa pun sebab macam tak diet sangat pun.

Yang penting pilih makanan tak paya siksa diri tak makan. Kalau makan betul senang je turun. Good luck everyone"



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 10

"Panggil je Oliena Omichel nama glamour sy.

Dulu CL akak pakai saiz seluar 38 tauuu.Lepas berjaya diet atkins ni boleh jadi S je saiz dan seluar pulak tinggal 29 je.

Berat sebelum 75kg tapi lepas 3 bulan induction tak pernah kantoi dapat la jadi 55kg. Memang rasa bangga dapat turun berat sampai banyak macam tu.

Ingat kan susah sangat nak kurus.

Nasib baik banyak membaca boleh lah terjumpa artikal hebat-hebat pasal atkins ni. Saya suka makan ayam goreng hehe.."



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 11

"Saiz sy sebelum ni XXL dan seluar pula 44.

M atau L la lepas berjaya diet atkins dan seluar boleh pakai sampai 34. Berat sebelum ni adalah dalam 130kg. Turun sampai 93kg.

Ingatkan berat saya dah tepu lemak tak boleh turun.

Tapi memang berkesan diet atkins ni. Ambil masa 12 bulan dan kerap makan telur ayam dan kambing. Memang tiptop la berkesannya diet atkins.

Ingatkan hanya fantasi nak dapat berat badan ideal idaman malaya."


Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 12

"Saya Saif tuan. Saiz pakaian sebelum ni XXXL dan XXL, seluar pulak 40 bang.

Lepas berjaya berdiet cara atkins ni jadilah L dan seluar jadi 34 je.

Berat sebelum ni 106.5kg lepas 5 bulan diet atkins ni jadi 81kg dah..

Macam biasa la telur dadar dan ayam goreng memang kegemaran saya selama saya berdiet atkins ni."



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 13

"Saya Yat sebelum ni  XXL sekarang dapat pakai saiz M senang-senang je.

Sebelum ni berat dalam 85kg lepas tu 68kg jadinya.

Berjaya diet atkins ni dalam 4 bulan lebih dengan makan menu biasa telur dan ayam.

Muka nampak kurus sikit tak lah tembam tu ketara sangat."


Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 14

"Boleh panggil akak Yus. Sebelum ni saiz 60 kalau pakai memang 5xl.

Jadilah lepas tu 48 je 2xl. Sebelum ni malu akak nak cakap nak share ke korang.

Tapi takpelah. 117kg hehe..Lepas berjaya diet atkins ni akak nak bagi testimoni siki sebab akak berat tinggal 88kg je. Lepas 8 bulan tau.

Ok lah walaupun lambat. Akak suka makan sayuran hijau, telur ayam goreng sume akak bedal je malas nak pilih-pilih sangat.

Memang muka akak lain sangat. Dari bulat jadi kurang bulat hehe"


Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 15

"Akak Linda ye. XXL punya loyal customer hahah.

Lepas berjaya diet atkins akan jadi boleh pakai M dengan berat turun dari 86.6kg jadi 69kg. Lepas 5 bulan je.

Memang akak terkejut boleh turun laju juga.

 Kalaulah diet atkins ni akak tau dari dulu memang akak jadikan first prioriti untuk buat. Akak suka makan ayam goreng dan telur tau.

Memang tak pernah miss sehari pun. Tapi Alhamdulillah berhasil juga. Korang kena try jugak diet atkins ni."



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 16

"Sebelum ni akak 108kg turun 58kg.

Memang dahsyat ramai terkejut. akak pun wow kejap. baju dari XXXL seluar 42 turuk jadi S atau M seluar tinggal 27. badan rasa ringan sangat.

Dalam 7 bulan akak dapat rasa hasilnya. Memang berbaloi cuba. ayam daging ikan memang akak akan jaga kuantiti dan amalkan makanan sihat.

Yang penting kalori harian kita ambil lagi sedikit dari kegunaan kalori harian kita. Itu je pada akak cara yang berkesan untuk kurus."



Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 17

" Saya pakai XXL sebelum ni 42 hingga 44.

Tapi lepas berjaya diet atkins jadi boleh pakai saiz M atau S dan saiz seluar tinggal 32. Dari 120kg berjaya turun sampai 75kg dalam masa 6 bulan.

Apa saya buat saya hadkan pengambilan pemakanan. yang mana saya mampu saya tak makan saya tak makan. Yang tak mampu saya cuba kurangkan.

Yang penting adalah macam mana cara kita jaga psikologi kita untuk konsisten tak perlu seksa badan dan minda kita. Konsistensi tu yang penting.

Terapkan cara kita boleh jaga supaya kita tak putus asa di tengah jalan. Kena ada pemangkin semangat.

Jaga betul-betul kalori harian insyaAllah tak de masalah kita nak kekalkan penurunan lepas ada sedikit berat yang turun.

Hanya perlu ulang benda yang sama setiap kali kita nampak penurunan berat badan."


Testimoni diet atkins yang berjaya  - Kisah 18

"Saya pulak ada cerita saya yang tersendiri.

macam saya dulu XXL tinggal S atau M lepas berjaya diet cara atkins ni. 101kg tau jadi 66kg je. hampir separuh lemak saya hilang.

Dalam 4 bulan semua ni berlaku. Saya bersyukur sangat sebab hanya amalkan atkins diet saya ayam telur daging sayuran hijau.

Atkins ni selamat tak perlu torture badan sampai kering kurus tak de isi.

Caranya lebih semulajadi dan alami. Fasa 1 saya selama sebulan je lepas tu terus ikut fasa-fasa macam ada dalam blog ni.

Rugi sapa yang betul-betul nak kurus tak nak try guna diet cara atkins ni. Ramai dah berjaya. Harap saya boleh beri semangat pada anda.

Kene hati-hati dengan setiap kali kita check berat tak turun-turun nanti moral kita akan down. Jaga part psikologi nanti yang lain jadi mudah.

Rasa macam lepas diet atkins ni saya nak buat lagi diet ni sebab tak berapa rasa keberatan amalkannya."



Haa. macam mana dengan testimoni diet atkins yang dah berjaya ni? Korang puas hati atau nak layan lagi testimoni macam ni? Komen di bawah korang nak try tak diet atkins? Atau korang ada pengalaman apa-apa nak share dengan pembaca blog ni? Mungkin nanti korang boleh masuk dalam list untuk testimoni diet atkins yang berjaya pada masa akan datang. Good Luck!


"RAMAI SUDAH BERJAYA DIET DENGAN KITSUI BELLY LOSS FIBER"











Kandungan Bahan Kitsui Belloss Fiber

Fruktos, Serbuk epal, Maltodekstrin, Serbuk senna, Asid sitrik, Campuran buah dan sayur, Guar gum, Perisa nenas, Serbuk oren, Trikalsium fostat dan pewarna dibenarkan.

Kebaikan/Fungsi Kitsui Belloss Fiber

-Mengelakkan sembelit
-Meningkatkan metabolisma
-Melancarkan peredaran darah
-Menyingkirkan toksin dalam badan
-Menambahbaikan proses tidur
-Tubuh badan terasa lebih selesa dan bertenaga

Cara menggunakan Kitsui Belloss Fiber

Bancuhkan 1 paket dengan 150ml air suam dan goncangkan sehingga larut. Diminum sebelum makan malam atau sebelum tidur. Sehari 1 paket. Minum air secukupnya bagi kesan yang lebih efektif 


BONUS

Sebelum korang mulakan apa-apa program diet, korang dah ke belajar cara diet yang betul? Kalau belum korang cuba cari ebook basic cara turun berat yang betul dahulu.

Kami sangat sarankan kepada pembaca kami ebook formula kurus ni. Yang bestnya ebook ni anda akan dapatkan cara step by step cara diet yang efektif untuk anda turunkan berat semaksima mungkin dalam waktu seminimum mungkin.

Haa berbelit kan ayat admin ni. Ebook ni boleh kata ebook kurus nombor 1 la kat Malaysia ni yang dah tolong ribuan pembaca turunkan berat.

Popular Posts